Terima Kasih yer ustaz Nizam sebab bidang terjun dihari tu yer....
Terima kasih pelajar-pelajar sekalian yang sudi bersama-sama memeriahkan majlis khatam tersebut...
Majlis diteruskan dengan sesi ucapan.Ucapan dimulakandenganUcapan Ketua Guru sebagai tuan rumah, Ucapan YDP iaitu Encik Muhammad Mizi Bin ISmail dan seterusnya ucapan Perasmian yang disampaikan oleh YB Dr.Dzulkefly. Untuk kali ke duanya juga YB DR DzulkeflyAhmad Ahli Parlimen Kuala Selangor menjadi perasmi bagi majlis ini. Terima kasih YB diatas kesudian hadir memeriahkan program kami. Mogo tahun-tahun hadapan sudi-sudikanlah lagi hadir ke sekolah kami.
Perjalanan program diteruskan dengan penyampaian anugerah.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan penyampaian anugerah bagi Pelajar Mumtaz. Seramai 8orang pelajar memperolehi
Moga dengan kecemelangan
Penyampaian hadiah diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi tahun 1 sehinggalah tahun 5 dan diteruskan dengan pelajar terbaik bagi tiap tahun.
Tahniah diucapakan buat mualim-mualim dan mualimah-mualimah semua. Diatas segala usaha dan jerih perih dalam mencurahkan ilmu buat anak-anak murid mu. Terima kasih juga diucapakan diatas segala jasa-jasa dalam memberi ilmu sehingga anak-anak muridmu memeperolehi kecemerlangan yang membanggakan kedua ibu ayah mereka.
Tahniah....tahniah ....tahniah....buat SEMUA......
Maka berakhirlah sesi persekolahan 2011. Moga kan bertemu dengan sesi persekolahan 2012 dengan semangat dan iltizam yang baru untuk memperkekalkan kecemerlangan anak-anak murid.