Kafa Integrasi Ibnu Sina ditubuhkan setelah pengambilan alih dari Sekolah Agama Rakyat Darul Asrar pada 17 Ogos 2006. Ketika itu jumlah pelajar adalah seramai 175 orang pelajar. Pada ketika itu sesi pembelajaran dan pengajaran bertempat di No 111 Lorong Lautan Samudera 9/3 Lavender Ville Bandar Puncak Alam dan di No 1 Lorong Az- Zaharah 10/2 Bandar Puncak Alam.
Pada 6 Januari 2007 sekolah Kafa (I) Ibnu Sina di diberi pendaftaran di bawah Enakmen No.2 Tahun 1988 Negeri Selangor Darul Ehsan dengan mendapat sijil pendaftaran sekolah iaitu SPS / PRP/8/2(SEM)-185 yang pada ketika itu pihak sekolah dibawah Pengurusan Jemaah Ibubapa yang dipengerusikan oleh En. Mohd Shukri Bin Taib. Pada tahun 2006 sesi pembelajaran dan pengajaran beroperasi di 3 tempat yang berasingan iaitu di No 1 Lorong Az-Zaharah 10/2, No 111 Lorong Lauatan Samudera 9/6 dan di No 96 Lorong Cakera Purnama 12/13E Bandar Puncak Alam. Pusat atau pejabat bagi ketiga buah tempat pembelajaran dan pengajaran itu yang beralamat di Lavender. Pada ketika itu jumlah pelajar adalah seramai 180 orang pelajar, 11 orang tenaga pengajar, dan 13 buah kelas.
Di pertengahan tahun 2007 berlakunya rombakan sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu dimana sekolah yang beralamat di No 1 Lorong Az-Zaharah di pindahkan ke Sekolah yang beralamat di Lavender. Ia berikutan ingin memudahkan memantau proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar yang akan bakal menduduki Peperiksaan PSRA dan UPKK bagi tahun itu. Bermula dari pertengahan tahun 2007 itu dan sehinggalah penghujung tahun 2009 operasi pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku di dua tempat iaitu di No. 111 Lorong Lautan Samudera 9/3 Lavender Ville dan di No 96 Lorong Cakera Purnama 12/13 E. Walaupun operasi pengajaran dan pembelajaran berasingan namun masih berpusat dan berpejabat di Lavender Ville. Di penghujung tahun 2009 berlakunya perpindahan kerana tempoh kontrak sewaan rumah telah tamat. Namun pusat operasi dan pejabat masih lagi kekal sehingga kini.
Bermula dari tahun 2007 sehinggalah kini peningkatan jumlah pelajar berlaku pada setiap tahun. Terutamanya pada tahun 2010 dimana bangunan sekolah yang beralamat No 96 Lorong Cakera Purnama 12/13E telah dipindahkan berhampiran dengan bangunan sekolah lama yang beralamat No 102 dan 104 Lorong Cakera Purnama 12/13 membuatkan jumlah pelajar kini berjumlah 394 orang, 17 tenaga pengajar dan 18 buah kelas. Penerimaan pelajar-pelajar di Kafa Integrasi Ibnu Sina ini adalah terdiri daripada semua fasa yang ada di sekitar Bandar Puncak Alam dan juga ada beberapa orang pelajar yang berada di luar daripada fasa Puncak Alam. Iaitu pelajar-pelajar yang tinggal di Alam Jaya dan juga di Subang.
Pencapaian akademik yang diperolehi sekolah setakat ini adalah pencapaian dari segi akedemik. Iaitu darisegi pencapaian keputusan PSRA. Tiga pencapaian yang diperolehi pada tahun 2008 adalah Peratus tertinggi Zon Timur PSRA 2008, Peratus tertinggi Majlis Guru Besar dan juga Peratus Tertinggi Zon Timur Daerah Kuala Selangor. Dimana pada tahun itu kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan PSRA lulus dalam semua matapelajaran. Diikuti pada tahun berikutnya 2009 pencapaian yang diperolehi adalah Peratus Mumtaz Tertinggi PSRA Zon Timur dan Peratus Mumtaz Tertinggi Matapelajaran Bahasa Arab.