Anugerah Kecemerlangan Pelajar ( AKP 2011)

Bagi setiap tahun penutup bagi Program bersama-sama pelajar adalah HAri Kecemerlangan Pelajar. HAri yang dinantikan oleh semua pelajar-pelajar. Bagi tahun ini bertarikh 20.11.2012 Hari anugerah kecemerlangan diadakan. Permulaan Majlis juga dimulakan dengan Majlis Khatam Al-quran
Guru besar bersama-sama anak murid berkhatam al-quran....

Terima Kasih yer ustaz Nizam sebab bidang terjun dihari tu yer....

Terima kasih pelajar-pelajar sekalian yang sudi bersama-sama memeriahkan majlis khatam tersebut...




Majlis diteruskan dengan sesi ucapan.Ucapan dimulakandenganUcapan Ketua Guru sebagai tuan rumah, Ucapan YDP iaitu Encik Muhammad Mizi Bin ISmail dan seterusnya ucapan Perasmian yang disampaikan oleh YB Dr.Dzulkefly. Untuk kali ke duanya juga YB DR DzulkeflyAhmad Ahli Parlimen Kuala Selangor menjadi perasmi bagi majlis ini. Terima kasih YB diatas kesudian hadir memeriahkan program kami. Mogo tahun-tahun hadapan sudi-sudikanlah lagi hadir ke sekolah kami.
Perjalanan program diteruskan dengan penyampaian anugerah.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan penyampaian anugerah bagi Pelajar Mumtaz. Seramai 8orang pelajar memperolehi mumtaz didalam peperiksaan PSRA 2011 iaitu adik Rayyan Hud Jafni Bin Mohd Haris, dengan memperolehi 97 %, Adik Muhammad Fikri Haziq Bin Abdul Aziz 91.8 %, baki 6 orang pelajar mumtaz itu, dua daripadanya berkongsi peratus yang sebanyak 91 % Muhammad Nur Imran Bin Yusof dan adik Ain Shahirah Binti Rajah. dan seramai empatnya berkongsi peratus yang sama juga iaitu 90 % Adik Amir Firdaus Bin Kamaruzzaman, Adik Nur Zarifah Binti Abdul Razak, Adik Dayang Nor Aisyah Amirah Binti Ahmad Zaim Faisal dan Adik Afrina Damia Binti Ab Wahab. Adik Rayyan Hud Jafni Bin Mohammad menjadi tokoh Pelajar Ibnu Sina. Beliau bukan sahaja Mumtaz PSRA malah memperolehi 5A didalam peperiksaan UPSR 8A didalam Peperiksaan UPKK dan terpilih sebagai Pelajar Lelaki cemerlang UPKK Daerah Kuala Selangor.
Moga dengan kecemelangan beliau akan menjadi pemangkin semangat buat anak-anak murid yang lain. Insyaallah.....
Penyampaian hadiah diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi tahun 1 sehinggalah tahun 5 dan diteruskan dengan pelajar terbaik bagi tiap tahun.

Tahniah diucapkan buat anak-anak murid semua.
Tahniah diucapakan buat mualim-mualim dan mualimah-mualimah semua. Diatas segala usaha dan jerih perih dalam mencurahkan ilmu buat anak-anak murid mu. Terima kasih juga diucapakan diatas segala jasa-jasa dalam memberi ilmu sehingga anak-anak muridmu memeperolehi kecemerlangan yang membanggakan kedua ibu ayah mereka.

Tahniah....tahniah ....tahniah....buat SEMUA......

Maka berakhirlah sesi persekolahan 2011. Moga kan bertemu dengan sesi persekolahan 2012 dengan semangat dan iltizam yang baru untuk memperkekalkan kecemerlangan anak-anak murid.


Temasya Sukaneka

Acara pertama yang dimainkan komunder aulad
Perhimpunan pelajar -pelajar. Serami 309 orang
Acara mumia



19.11.2011 buat pertama kalinya temasya sukaneka Ibnu Sina diadakan.

Antara-antara selingan video yang sempat di rakam



Sambutan Hari Raya 1432H / 2011

Gambar guru-guru ibnu sina sempena sambutan hari raya 1432H. Yang tiada didalam gambar Ustaz Mohd Hafezi dan Juga Ustaz Mohd Zulfazzar.
gambar warna-warna baju anak-anak murid KIIS

Penuh warna-warna
Ketua guru Ustaz Mohd Nizam bersama Ustaz Mohd Faiz Dan juga Ustaz Mohd Shazali,. Yang tiada Ustaz Mohd Hafezi Dan Ustaz Mohd Zulfazzar

Alamat

My photo
No 111, Lorong Lautan Samudera, 9/3 Lavender Ville, 42300, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.