PEMBUKA TIRAI PROGRAM







مَن أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barang siapa yang mengada-adakan dalam urusan kamu ini (agama ) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”


QIAMULLAIL PEMBENTUK JATIDIRI MUKMIN SEJATI



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Definisi : Qiam bermaksud bangun atau berlawanan dengan duduk , Al-lail bermaksud malam
Dari segi bahasa : Bangung pada waktu Malam
Dari istilah Syara' : Mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadat solat atau selainnya dan tidak disyaratkan menghabiskan keseluruhan malam itu.
Hukum : Sunat Maakkad ( sangat dituntut)
Waktu : Selepas tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar sadik

"Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (H.R. at-Tirmidzi)



IBADAT-IBADAT DALAM QIAMULLAIL
  • Solat Tahajjud
  • Solat Tasbih
  • Solat Taubat
  • Solat Istikharah
  • Solat Hajat
  • Solat Witir


Pembuka tirai berprogram bagi tahun 2012 berqiyamullail. Berqiyamullail merupakan aktiviti bulanan bagi setiap tahun . Bagi tahun ini perjalanan aktivitinya direncanakan pada setiap minggu pertama awal bulan.

Qiyamullail pertama bertarikh 17 Februari 2012. seramai 159 orang pelajar yang bersama dalam program Qiyamullail kali pertama.

KeKurangan perjalanan Qiamullail yang lepas telah diperbaharui dan ditambah baikannya. Bagi tahun ini telah dipilih beberapa orang Ustaz yang menjadi pembimbing Qiyamullai dan juga beberapa Ustaz dipilih menjadi penceramah Motivasi.

Alhamdulillah....bagi tahun 2012 dua kali perjalanan Qiamulllail telah dilaksanakan.

Maassalamah wa illal liqa"


No comments:

Post a Comment

Alamat

My photo
No 111, Lorong Lautan Samudera, 9/3 Lavender Ville, 42300, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.